Selamat Datang ke Blog Panitia Bahasa Melayu SK Gadong Jaya, 71900 Labu Negeri Sembilan. TELEFON 06-7922455

Isnin, 21 November 2011

GURU OH GURU

Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis dan baca.
                                                                       -(USMAN AWANG)-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan